JellyPages.com

Tuesday, 10 November 2015

IBANAH

Falsafah Barat, Timur dan Islam



PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Falsafah berasal daripada bahasa Greek iaitu philosophia. Philo bererti mencintai atau cinta. Sophia pula bererti kebijaksanaan atau pengetahuan atau kebenaran. Secara ringkasnya, Ilmu falsafah adalah ilmu yang menyelidik mengenai ketuhanan, manusia dan alam semestrar

PERBEZAAN PANDANGAN UMUM

Maksud falsafah dari segi pandangan Barat ialah bermaksud mencintai dan hikmah. Falsafah Barat juga menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam.

Manakala falsafah dari pandangan islam ialah mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mendapatkannya.

Pandangan timur: seorang manusia yang memiliki satu garis panduan tingkahlaku berdasarkan nilai-nilai abstrak

PERBEZAAN PANDANGAN MENGIKUT TOKOH

Pandangan barat Aristottle (384 -322 SM) Anak murid Plato(20thn). Falsafah ialah ilmu kebenaran.Kebenaran dapat diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika,estetika, ekonomi dan politik.

Immanuel Kant (1724 -1804) Ahli Falsafah German, Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidik dasar2 bagi mengetahui sesuatu dan bertindak.

John Dewey (1859 -1925) Falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian diantara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita2 politik baru.

PANDANGAN TOKOH ISLAM

Menurut Al Farabi : Falsafah dilihat dari dua sudut :
i. Falsafah teori – mengetahui sesuatu yang ada
ii. Falsafah amalan – apa yang perlu ada dalam perbuatan

Al-Khindi (805-873) Falsafah mempunyai tiga aspek
i. Ilmu fizik: bersaskan benda
ii. Ilmu matematik: ilmu hitung
iii. Ilmu ketuhanan: tidak berkaitan dengan sama skali

PERBEZAAN FALSAFAH BARAT, TIMUR DAN ISLAM DARI ASPEK KONSEP

Barat
i. Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat
ii. Bersifat praktikal dan pragmatik
iii. Menumpukan perkara-perkara asas sahaja.

Timur
i. Pendidikan membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluarg aan.
ii. Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar caracara hidup yang baik dan betul

Islam
i. Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah AlQuran yang menjadi teras pendidikan
ii. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

PERBEZAAN MATLAMAT

Barat
v Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.
v Mengasaskan corak budaya baru.
v Menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.

Timur
v Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.
v Menghasilkan individu menyeluruh dengan interaksi & integrasi.

Islam
v Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.yang bertakwa.
v Melahirkan insan yang taat kepada AllahS.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai.

PERBEZAAN TOKOH

Barat
· Socrates (470-399 sm)
· Plato (427-347)
· Aristotle (384- 322)

Timur
· Confucius (551-479)
· Rabindranath tagore (1861- 1941)

Islam
· Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)
· Al- Ghazali (1058-1111 Hijrah)
· Ibnu Khaldun (1332-1406 Hijrah)
· Al-Farabi (870 ± 950 AD)

PERBEZAAN JENIS FALSAFAH DAN KATEGORI ILMU

Barat
v Boleh dibahagikan kepada dua jenis : Tradisional, Moden
v Sumber : Bersumberkan akal, pengalaman

Timur
v Konfusianisme dan toisme (China)
v Hinduisme dan buddhisme, nasionalisme dan internationalism
v Sumber : Buku e (india), Pemikiran confuciusme

Islam
v Boleh dilihat dari dua sudutFalsafah TeoriFalsafah Amalan
v Sumber : Ilmu wahyu, Ilmu akhirat

Thursday, 29 October 2015


Tokoh Falsafah Moden

locke.jpg

John Locke

Beliau dilahirkan pada 28 Ogos 1632 di Wrington, Somerset. Keluarganya berasal dari kelas menengah dan ayahnya memiliki beberapa rumah dan tanah di sekitar Pensford, sebuah kota kecil di bagian selatan Bristol. Selain bekerja sebagai pemilik tanah, ayah Locke bekerja juga sebagai pengacara dan melakukan tugas-tugas pentadbiran.

Pada tahun 1647, Locke belajar di Sekolah Westminster, yang pada waktu itu merupakan sekolah terkenal di Inggeris. Pendidikan di sana berpusat pada pelajaran bahasa-bahasa kuno, iaitu bahasa Latin, Yunani, dan Ibrani. Setelah itu, pada tahun 1652, Locke mendapat beasiswa untuk menempuh pendidikan di Sekolah Gereja Kristus (Christ Church), Oxford, dan menetap di sana sejak bulan Mei 1652.

Di sekolah itu, Locke kurang menyukai metode skolastik dalam berdebat dan juga tema-tema metafisika dan logika. Oleh itu, Locke lebih banyak menghabiskan waktunya untuk membaca karya-karya sastra, seperti drama, roman, dan sebagainya.
Setelah itu, Locke mulai menyukai bidang perubatan, sebagaimana tertulis di dalam beberapa catatan pribadi Locke yang ditulis pada periode akhir dekade 1650-an. Ia membuat banyak catatan tentang hal-hal yang berhubungan dengan kesihatan dan ubat-ubatan.
Melalui minatnya dalam bidang perubatan, Locke mulai meminati falsafah alam. Pada awal tahun 1660, ia berjumpa dengan Robert Boyle yang akan banyak memengaruhinya. Kemudian, Locke menambah minatnya dengan membaca falsafah mekanis yang baru muncul, yang dimulai dengan membaca karya Boyle dan karya-karya Descartes.

Wednesday, 28 October 2015

Akrasia

Seseorang yang melakukan perbatan salah dari segi undang-undang atau perbuatan moral sedangkan meengetahui perbuatan itu salah.

Persoalan ini telah diutarakan oleh Socrates yang menyatakan bahawa sekiranya manusia mempunyai ilmu dia tidak mungkin melakukan kesalahn.

Sunday, 25 October 2015


Skeptisme

3 jenis pengalaman pengalaman pancaindera yang bersifat ilusi :
  • Ilusi garapan pancaindera : Ketidaktepatan yang berlaku apabila seseorang cuba mengenalpasti atau menjelaskan objek yang ditanggapinya. Contohnya melihat dua garisan selari kelihatan lurus tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.
  • Garapan pancaindera yang bersifat relatif menyebabkan berlaku komplikasi terhadap persepsi seseorang. Contohnya makanan mempunyai rasa berlainan berdasarkan deria rasa mereka yang berbeza.
  • Halusinasi : Mengangap objek yang sebenar tidak wujud
Hujah ini menjelaskan bahawa pengalaman pancaindera menipu daya seseorang. Maklumat yang diperolehi oleh pancaindera tidak dapat memberi maklumat yang tepat terhadap alam fizikal.Tanggapan ini berlaku ketika ilusi tidak dapat dibezakan dengan apa yang berlaku ketika tiadanya ilusi. Golongan Skeptis menyatakan bahawa apa yang dianggap objek hanyalah persepsi zahir semata-mata.


Friday, 23 October 2015



Metafizik
Metafisika adalah filsafat alam, cabang filsafat yang mempelajari dan menjelaskan alam dengan segala isi, keteraturan, dan perilakunya, dengan atau tanpa terikat oleh metodologi ilmiah ketat fisika, yang mana mutlak membutuhkan pembuktian empirik, matematik dan eksperimental, sehingga berada diluar fizikal.

Metafisika terbagi atas dua bagian:
1. Metafisika klasik atau pra-fisika, adalah bentuk ketika fisika belum berkembang menjadi satu disiplin ilmu tersendiri, dan ia menjadi cikal-bakal fisika yang memberi bentuk kepada fisika. Tapi dengan telah berkembangnya fisika, maka fisika menggantikan peran metafisika klasik, karena seluruh pertanyaan metafisika klasik sudah dijawab oleh fisika, sehingga metafisika klasik tak digunakan lagi alias mati dan tinggal sejarah.

2. Metafisika modern atau pasca-fisika, adalah bentuk fisika yang belum atau tak memenuhi metodologi ilmiah fisika, dalam arti pembuktian empirik, matematik dan eksperimental, dan diterima sebagai bagian fisika oleh masyarakat fisika dunia internasional. Mencakup beberapa teori spekulativ dan hipotesa futuristik. Tapi bila kriteria fisika dipenuhi, maka ia dinyatakan sebagai bagian fisika dan bukan lagi metafisika.

Gelar akademik untuk sarjana fisika:
S1: BSc (Bachelor of Sciences) in Physics
S2: MSc (Master of Sciences) | ME (Master of Engineering) in Physics
S3: Dr (Doctor) atau PhD (Philosophy Doctor) in PhysicsMetafisika modern bisa menjadi satu bidang studi pilihan atau alternativ fisika tingkat doktoral (S3).

Thursday, 22 October 2015


Aristotle

Beliau berasal dari keluarga yang kaya. Beliau adalah seorang guru yang memperjuangkan ilmu falsafah tetapi bukanlah seorang tokoh politik barat yang memperjuangkan ilmu falsafah seperti tokoh barat yang terkenal iaitu Socrates. Selain itu, beliau juga merupakan pemidato yang baik, syarahan-syarahan yang disampaikan beliau jelas, kata-kata yang digunakan amat bernas dan mampu membidas kata-kata yang tajam. Sepanjang kehidupnya, beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui secara mendalam tentang kehidupan. Kebanyakan karya Aristotle membuktikan beliau menumpukan seluruh tumpuannya untuk memajukan penemuan hakikat kebenaran dan meningkatkan kepercayaan tentang kebenaran sesuatu falsafah.

Monday, 19 October 2015

Ibnu Rushd

Nama sebenarnya aialah Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. beliau merupakan ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, astronomi, geografi dan sains. Rushd lahir 1126 dan meninggal dunia 1198. Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes. Dari segi figh, beliau berpegang kepada mazhab rasmi Andalus ketika itu, mazhab Maliki. Manakala daripada aspek akidah beliau memilih fahaman Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Ibn Rushd hidup dalam zaman pemerintahan kerajaan Muwahhidin.

Sunday, 18 October 2015

Karya Aristotle

Beliau telah menghasilkan lebih kurang empat ratus karya. Karyanya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu :

  1. Karya popular yang difokuskan kepada para pelajar dan orang awam.
  2. Karya kajian ilmiah dalam bidang zoologi, biologi dan botani hasil daripada penelitiannya semasa merantau ke Asia Minor.
  3. Bahan kuliah sama ada catatanya sendiri atau muridnya yang mencangkupi pelbagai bidang ilmu seperti Logik, falsafah semulajadi, Metafizik, Falsafah Praktikal dan Psikologi.
Antara karyanya : Rhetoric, De Anima (mengenai roh) dan De Caelo (mengenai langit).

Saturday, 17 October 2015

GLOSARI Falsafah

a posteriori

Sesuatu kenyataan, usul atau ilmu yang diketahui sebagai benar melalui pengalaman. Ia digunakan secara meluas dalam epistemologi terutama aliran empirisme