JellyPages.com

Tuesday, 10 November 2015

Falsafah Barat, Timur dan Islam



PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Falsafah berasal daripada bahasa Greek iaitu philosophia. Philo bererti mencintai atau cinta. Sophia pula bererti kebijaksanaan atau pengetahuan atau kebenaran. Secara ringkasnya, Ilmu falsafah adalah ilmu yang menyelidik mengenai ketuhanan, manusia dan alam semestrar

PERBEZAAN PANDANGAN UMUM

Maksud falsafah dari segi pandangan Barat ialah bermaksud mencintai dan hikmah. Falsafah Barat juga menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam.

Manakala falsafah dari pandangan islam ialah mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk mendapatkannya.

Pandangan timur: seorang manusia yang memiliki satu garis panduan tingkahlaku berdasarkan nilai-nilai abstrak

PERBEZAAN PANDANGAN MENGIKUT TOKOH

Pandangan barat Aristottle (384 -322 SM) Anak murid Plato(20thn). Falsafah ialah ilmu kebenaran.Kebenaran dapat diperolehi oleh seseorang dengan ilmu metafizik, logik, retorik, etika,estetika, ekonomi dan politik.

Immanuel Kant (1724 -1804) Ahli Falsafah German, Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang menyelidik dasar2 bagi mengetahui sesuatu dan bertindak.

John Dewey (1859 -1925) Falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian diantara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan cita2 politik baru.

PANDANGAN TOKOH ISLAM

Menurut Al Farabi : Falsafah dilihat dari dua sudut :
i. Falsafah teori – mengetahui sesuatu yang ada
ii. Falsafah amalan – apa yang perlu ada dalam perbuatan

Al-Khindi (805-873) Falsafah mempunyai tiga aspek
i. Ilmu fizik: bersaskan benda
ii. Ilmu matematik: ilmu hitung
iii. Ilmu ketuhanan: tidak berkaitan dengan sama skali

PERBEZAAN FALSAFAH BARAT, TIMUR DAN ISLAM DARI ASPEK KONSEP

Barat
i. Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat
ii. Bersifat praktikal dan pragmatik
iii. Menumpukan perkara-perkara asas sahaja.

Timur
i. Pendidikan membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluarg aan.
ii. Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar caracara hidup yang baik dan betul

Islam
i. Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah AlQuran yang menjadi teras pendidikan
ii. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

PERBEZAAN MATLAMAT

Barat
v Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja.
v Mengasaskan corak budaya baru.
v Menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.

Timur
v Menghasilkan individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian.
v Menghasilkan individu menyeluruh dengan interaksi & integrasi.

Islam
v Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.yang bertakwa.
v Melahirkan insan yang taat kepada AllahS.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai.

PERBEZAAN TOKOH

Barat
· Socrates (470-399 sm)
· Plato (427-347)
· Aristotle (384- 322)

Timur
· Confucius (551-479)
· Rabindranath tagore (1861- 1941)

Islam
· Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)
· Al- Ghazali (1058-1111 Hijrah)
· Ibnu Khaldun (1332-1406 Hijrah)
· Al-Farabi (870 ± 950 AD)

PERBEZAAN JENIS FALSAFAH DAN KATEGORI ILMU

Barat
v Boleh dibahagikan kepada dua jenis : Tradisional, Moden
v Sumber : Bersumberkan akal, pengalaman

Timur
v Konfusianisme dan toisme (China)
v Hinduisme dan buddhisme, nasionalisme dan internationalism
v Sumber : Buku e (india), Pemikiran confuciusme

Islam
v Boleh dilihat dari dua sudutFalsafah TeoriFalsafah Amalan
v Sumber : Ilmu wahyu, Ilmu akhirat

No comments :

Post a Comment