Nama sebenarnya aialah Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. beliau merupakan ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, astronomi, geografi dan sains. Rushd lahir 1126 dan meninggal dunia 1198. Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes. Dari segi figh, beliau berpegang kepada mazhab rasmi Andalus ketika itu, mazhab Maliki. Manakala daripada aspek akidah beliau memilih fahaman Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Ibn Rushd hidup dalam zaman pemerintahan kerajaan Muwahhidin.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)


No comments :
Post a Comment